Dulu Vs Kini 4

Yer.. CeQ pernah kurus dulu. Zaman bujang dan awal kahwin. Bila dah ada anak-anak ni makan dah tak jaga. Anak-anak menyusu badan membuatkan ceQ sentiasa rasa lapar ja. Memang tak pikir langsung nak kurus balik. Ater, sampailah badan jadi montel. Bila timbang duk maintain jela 65kg ke atas sampai hampir ke 70kg.

Setelah bertahun-tahun duk bela lemak-lemak ni semua, anak-anak pun semakin membesar dan mula bersekolah, hat si kecik pon dah kurang menyusu, CeQ kena do something untuk kesihatan ceQ. Bukan mudah sebenornye nak mulakan workout semua tu. Diri sendiri yang kena betul-betul bersedia dan disiplin dulu.

Memula ceQ survey dulu segala cara senaman, pemakanan semua dalam Youtube, Google, Facebook dan Instagram. Ikut step-step yang boleh ceQ follow. Alhamdulillah selepas 5 bulan, ceQ berjaya turunkan berat badan sebanyak 14kg. Antara yang ceQ amalkan adalah

1. Tukar air kosong - 3L
2. Kurangkan minuman manis
2. Workout dengan basikal
3. Jogging / Berjalan
4. Makan berpada-pada.
5. Workout di rumah
6. Tali skipping
7. Thanks @jemputlamakan banyak beri tips menarik.
8. Thanks @saunasuit.malaysia membantu ceQ berpeluh dengan instant hehe.

Terima kasih pada semua yang bertanya pada ceQ dan beri sedikit ilmu pada ceQ. Dan tak lupa juga kepada suami @apit.pemalu yang banyak beri sokongan pada CeQ dan sentiasa izinkan ceQ untuk keluar joging dan cycling. Terima kasih tau.

Sekian pengalaman CeQ dalam Aktiviti 100 Hari Sihat dengan Workout.

Dari 65kg turun ke 51kg. Target ke 50kg masih berjalan. Hehe.

No comments:

Post a Comment