Tips Ringkas Turunkan Berat Badan


Assalamualaikum semua.

Cara ceQ turunkan berat badan.

1. Nak melantak boleh. Dengan syarat waktu PAGI saja.

2. Tengah hari makan sederhana dengan makanan seimbang. Yelah, waktu pagi dah melantak bebukan. Hehe.

3. Makan malam sebelum pukul 7. Atau sebelum pukul 8 pon boleh lah. Ni undeng-undeng ceQ kene ikut kalau nak turunkan weight. Malam minum saja atau makan buah.

4. Air kosong 2 atau 3 Liter sehari semalam.

5. Luangkan masa sikit dengan senaman. Biasanya CeQ sarung #saunasuit sambil berskipping, workout dengan dumbbell pun dah cepat berpeluh. Aktiviti luar pula seperti window shopping, joging dan cycling.

6. Tidur secukupnya. Yang ni kadang-kadang tak cukup tidur jugak. Anak-anak suka sangat jadi zombie sampai ke tengah malam. Haha hadaplah.

Okeh, itu saja kot. Selamat menchoba. Hehe.

No comments:

Post a Comment