Tetapkan Mind Set: Seminggu turun 1KG


Assalamualaikum. Selamat pagi. Dah lama tak round round basikal waktu pagi ni. Oh ya, dulu-dulu Intan diet, Intan akan tetapkan set minda sekurang-kurangnya turun 1KG dalam masa seminggu.

TIPS

1. Kekalkan air kosong sebanyak 3 Liter. atau 2 Liter sehari semalam. Kurangkan minuman manis.
2. Nak kurus, pastikan breakfast jangan tinggal. Makan lah nak makan apa pun.
3. Tengah hari ambil nasi suku nasi dan lauk seperti ayam/ikan bakar atau goreng, sup sayur, dan buah.
4. Makan malam sebelum pukul 7. Menu seperti tengah hari tadi. Boleh juga makan roti atau buah.
5. Malam minum sahaja.
6. Buat senaman dalam 10 minit setiap hari (tak kisah waktu bila). Paling koman buat lompat bintang, squat atau skipping dah ok dah.
7. Banyak lagi senaman simple dalam Youtube, search je.
8. Buat senaman Plank. Bagus untuk menguatkan badan dan bakar kalori.
10. Jangan stress.


No comments:

Post a Comment