Perut Makin Kempis. Cuma..


3 KALI BERSALIN CZER. PERUT MEMBUNCIT. WORKOUT DAN BERJALAN. BUNCIT SEMAKIN SUSUT. CUMA.... HEHE.

Terjumpa gambar-gambar lama. Kebuncitan menyerlah. Padahal bukan mengandung pun hehe.

Dulu masa ceQ berpantang mana ada pakai barut/bengkung apa semua. Ketiga-tiga anak ceQ bersalin secara czer. Yelah, perut kene toreh dan jahit balik. Nak berbarut pon payah sebab sakit sangat. Risau klip/jahitan terbukak balik dan berdarah semua.

Apatah lagi nak bertungku. Tu pon mama ceQ duk berkeras jugak suruh bertungku kat atas perut dan bahagian belakang.

Konon lepas habis pantang nak berbarut lah kat perut ni. Malangnya habis lupa daratan bila dah mula melantak macam-macam. Lagi pulak anak kerap menyusu membuatkan ceQ rasa nak pelahap banyak makanan hehe. Minum toksah cakap la, habis dibantainya air manis, kordial, air gas dan aiskrim.

Sehingga terjadilah di luar kawalan bila perut mula membuncit, dan lemak-lemak bahagian lain mula timbul. Ramai tegur ceQ ada isi lagi ke. Hmmm ada lemak jelah huhu.

Dan tahun ini ceQ berazam untuk betulkan balik kesilapan. CeQ mula tukaQ makanan dan minuman semua. Dan terbaru ceQ pakai balik barut, beli kat DIY je pun hehe. Pakai barut sambil buat senaman di rumah dan aktiviti jogging, cycling, skipping dan ing ing lagi lah.

Bila dah buat workout melibatkan kesemua anggota badan, lama-lama perut buncit tu mula susut sikit demi sikit. Cuma perut dah tak rata lah macam sebelum bersalin sebab ada kesan jahitan.

Takpe.. CeQ bersyukur masih ada masa untuk ceQ betulkan balik setelah 7 tahun ceQ bela lemak. Barulah sihat dan cergas. Hehe.


No comments:

Post a Comment