Czer 3 kali. Tips Berat 68kg turun ke 50kg


Assalamualaikum semua,. Ramai yang bertanya soalan yang sama. Intan makan apa sampai kurus macam ni? Intan ada ambik apa-apa minuman apa-apa ker? Ambik ubat kurus ke? TAK AMBIK APA PUN SEMUA TU. Sebenarnya hasrat  nak kurus sihat ni dah lama. Tapi asyik tangguh saja. Untuk makluman, ketiga-tiga anak bersalin secara CZER. Dan agak sukar untuk kembalikan saiz badan yang asal.

SEBELUM TAHUN 2018

1. Berat Intan duk maintain 60kg ke atas dan hampir ke 70kg. Lebih kurang 65kg hingga ke 68kg macam tu.
2. Kebuncitan sangat menyerlah sehingga ada yang tegur berapa bulan dah? Bila bersalin? Oh my, membuatkan Intan down sungguh hihi.
3. Tak termasuk pengkritik utama Intan iaitu encik Suami sendiri. Tegur lengan semakin berlemak, peha, perut sampai dia perli "Kalau dah baka GEMOK tu GEMOK juga". Ya, tahu dia gurau. Tapi sape tak kecik hati kan.
4. Pipi pun semakin membulat macam baby.
5. Ada juga orang perli, anak-anak Intan kurus, tapi maknye tak kurus-kurus pun. Tak bagi anak makan ke. Fuh.. Memang tajam betul.


JANUARI HINGGA FEBRUARI 2018 (68kg turun ke 65kg)

1. Habis je kenduri kendara masa cuti sekolah 2017, Intan mula start tukar makan sedikit demi sedikit. Kebabasan tu ada juga. Yelah, baru nak start kan. Alhamdulillah ada lah perubahan sikit penurunan walau tak banyak.

2. Akhir bulan Februari, anak sulung teringin nakkan basikal pulak. Alhamdulillah, suami dapat bonus terus belikan untuk anak Intan. Entah tiba-tiba ja Intan teringin jugak nak naik basikal. Boleh lah hantar anak-anak Intan ke sekolah KAFA dan Tadika kat area taman perumahan ni juga. Mana tau misi nak kurus tu berjaya sikit demi sikit kan. Jenuh bodek suami, akhirnya Suami setuju. Letak aksesori carry baby, lampu dan loceng sekali.

3. Dengan syarat catat hari pertama kayuh basikal, diet start bulan Mac. Okey, Intan pun catat nota kat hset. Hari pertama Intan kayuh basikal, tukar menu makan dan minum pada 1 Mac 2018. Buat cabaran dalam 100 hari. Kemudian suami beri cadangan letak hashtag #Ha100HariNakKurusSihat setiap kali post berkaitan dengan diet kita, aktiviti kita di Facebook dan di Instagram.


1 MAC 2018 - MULA AKTIVITI 100 HARI

3. Gambar di bawah merupakan hari pertama Intan hantar anak-anak sekolah naik basikal. Sebelum ni hantar naik kereta. Jimatlah sikit minyak kan hehe.

4. Kekok sikit mula-mula nak kayuh dan pernah lah terjatuh sekali dua. Yelah, baper tahun dah tak naik basikal. Last naik masa zaman sekolah dulu.




TIPS MAKAN DAN MINUM

1. Hari kedua (2 Mac), memang azab sikit nak tukar minuman. Seawal bangun subuh Intan terus minum air suam, rasa tak selesa. Kemudian selepas Solat Subuh Intan teguk lagi air suam. Intan gunakan botol air mineral biasa dalam 500ml macam tu, Intan tak pakai cawan. No Milo, No air manis apa semua. Jika ada terminum, Intan akan bilas balik dengan air kosong. Intan akan cuba habiskan dalam 2L atau 3L botol air. Lagi kerap minum air, kerap kencing, berjalan ulang alik ke tandas, weight boleh reduce tau.

2. Ok, bab makan pulak, waktu pagi Intan belasah habis makanan berat-berat seperti nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, haha macam bela saka je. Janji waktu PAGI saja. Jika tak sempat nak makan berat, Intan minum Nestum Oat atau roti teloQ. Buat alas perut. Intan breakfast seawal 6.30 atau pukul 7.00 pagi. Dah kenyang barulah Intan buat kerja rumah, kejutkan anak-anak mandi, sediakan breakfast dan hantar anak-anak ke sekolah. Penting sekali sebelum Intan nak buat apa-apa kerja, Intan kene makan dulu. Kalau tak makan nanti Intan stress dengan perut dah berbunyi. Sudahnya mulalah melantak dengan banyak, dah lapor sangat dah. Pastu mula la ngantuk dan terbungkang. Tak betul dah tu.

3. Tengah hari Intan makan nasi juga tapi sederhana saja. Lauk pula ada yang goreng/bakar, sup sayur, sup ayam dan salad. Kadang-kadang makan roti, buah epal, anggur atau pisang.

4. Dinner pulak, Intan makan sebelum pukul 7. Paling lewat sebelum pukul 8 (Lepas Solat Maghrib). Macam biasa masih makan nasi dan lauk-lauk macam tengah hari. Makan sambil suap anak-anak. Waktu malam Intan minum air kosong saja. Dan tido.

5. Bila waktu malam tak makan, hanya minum saja, esok pagi tu senang lah nak buang air besar. Bila dah membuang tiap-tiap pagi atau selang sehari, itulah yang boleh buat weight kita reduce (menurun).


AKTIVITI WORKOUT DI RUMAH DAN DI LUAR

Di Rumah
1. Skipping
2. Push Up
3. Sit Up
4. Squat
5. Plank
6. Senaman dengan Dumbbell
7. Guna barut

Di Luar
1. Jogging (banyak berjalan saja, lari kurang)
2, Basikal
3. Gym Workout di taman kanak-kanak
4. Sarung Baju Sauna
5. Dukung anak (di belakang) sambil berjalan.



SUT SAUNAKU




Sut Sauna banyak bantu Intan buang kalori sebab sut ni cepat berpeluh. Sampai keluar menitik di kaki dan tangan semua. Terima kasih buat Puan Mama Hamidah yang memperkenalkan @SaunaSuit.Malaysia pada Intan. Pastikan bawa botol air juga dan minum kerap lagi-lagi cuaca panas. Boleh oder dengan Intan kalau nak ya. Whatsapp 0125215021.




JULAI 2018: TURUN KE 50KG

Sampailah pada bulan Julai, Hari ke 100 berape ntah hehe. Alhamdulillah, Intan berjaya turunkan berat badan  sehingga ke 50kg dan kekalkan. Memang itulah impian berat ideal Intan macam zaman bujang dulu. Yang penting kene jaga makan sikit, konsisten senaman dan minum air kosong.

Jika ada apa-apa pertanyaan Whatsapp Intan terus okey.

No comments:

Post a Comment