Berjaket Sauna di Rumah

Assalamualaikum semua. Hari Isnin ni takleh malas-malas. Kena cergas. Cuma sejak akhir ni ceQ jarang joging atau cycle di luar. Hanya lakukan aktiviti senaman di rumah saja.

Senaman Plank sambil buka Instagram dan Facebook. Sempat lagi tu hehe. Kira 1 sampai 10 kemudian release. Buat lagi kiraan 1 sampai 10. Begitulah seterusnya sampai ceQ berpeluh. Sebab Baju Sauna yang ceQ pakai ni memang cepat keluar peluh. Badan pun terasa segar.




Selepas hantar anak-anak sekolah naik basikal, ceQ balik rumah terus dan sambung buat kerja-kerja di rumah. Yelah, nama pun surirumah kan hehe. Malas nak tanggal Baju Sauna lagi, ceQ perabihkan kerja-kerja rumah dulu seperti menyapu, mengemop, dan sidai baju, toto semua dan lain-lain lagilah. Dah selesai semua baru lah ceQ tanggal Baju Sauna, basuh dan jemur.

Alhamdulillah, sejak berat badan dah ringan sikit, barulah aktif nak buat kerja-kerja rumah. Kalau tak, masa ceQ debab dulu asyik rasa sengal, lenguh dan malas je. Tambah lagi stress tengok anak-anak buat sepah kat bilik depa. Penat hari-hari jadi singa, rimau semua.

Tapi kali ni, ceQ cuba nak kurangkan kebebelan ceQ. Bila anak buat sepah barang mainan merata-rata, ceQ terus kemaskan balik. Sekurang-kurangnya badan kita bergerak seolah-olah kita duk buat senaman. Sambil tu duk ajak jugak lah anak-anak kemas sama.

Ape yang pentingg.. Kerjesamee.. 😂

No comments:

Post a Comment