Basikal 2018



Jarang betul ngadap Instagram la ni. Sebab rutin harian makin memadat pulak hihi.

Tiap pagi hantar cik iEpa dan Anip gi Kafa dan tadika guna basikal (baru beli hari tu). Manakala cik husband pulak kemas siap-siap nak gi bukak niaga Mempelam Lemak.

Selepas hantar bebudak ke sekolah, Intan balik rumah, basuh dan sidai baju terus. Kemudian Intan dan anak yg bongsu gi kat Tapak Niaga suami. Jauh sikit lah dari rumah. Singgah kejap je pon, kami anak-beranak terus gi jenjalan semula. Kadang anak bongsu nak main di taman permainan. Adeh layan jelah.

Punya lama laaa Intan tak naik basikal. Nak tercabut rasanya lutut ni haha. Last naik masa sekolah menengah dulu. Naik form 6 dah pakai kereta (bapak Intan punye) hehe.

Harap dapat kuruih la pasni. Haha.

No comments:

Post a Comment